F-102 Delta Dagger
F-102 Delta Dagger

F-102 Delta Dagger

Convair F-102 Delta Dagger merupakan sebuah pesawat pemintas yang digunakan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat. Ia menjadi tulang belakang pertahanan udara Tentera Udara A.S pada akhir 1950-an. Mula memasuki perkhidmatan pada 1956, peranan utamanya adalah untuk memintas serangan angkatan pesawat pengebom Soviet. Pembangunan pesawat ini agak lama dan berdepan dengan masalah, dand pada awal 1960-an, tugasnya disokong oleh pesawat F-101 Voodoo, digantikan dengan F-106 Delta Dart, dan kemudian oleh pesawat F-4 Phantom II. Kebanyakkan pesawat F-102 kemudian diserahkan kepada Pengawal Udara Kebangsaan pada pertengahan 1960-an, dan kesemua pesawat ini ditamatkan pada 1976.

Berkaitan